Ya Allah, Limpahilah Rahmat ke atas Junjungan Muhammad, yang membukakan apa yang tertutup, yang menamatkan apa yang terdahulu, yang membela kebenaran dengan kebenaran, yang memberi petunjuk kepada jalan-Mu yang lurus.
Dan ke atas keluarganya bersesuaian dengan pangkat dan kedudukannya yang tinggi."
KEUTAMAAN :
Terbahagi kepada dua (2) :
a) Keutamaan yang dirahsiakan.
Rahsia kelebihannya tersimpan di dalam perbendaharaan pengetahuan Allah.
b) Keutamaan yang dibukakan.
i. Membaca 1 kali dalam sehari dijamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
ii. Membaca 1 kali dapat menghapuskan semua dosa serta dikurniakan pahala semua tasbih, zikir dan doanya orang-orang tua dan muda yang terjadi pada waktu dibaca Al Fatih sebanyak 600,000 kali.
iii. 10 kali Selawat al-Fatih menyamai pahala ibadahnya wali “Ash sejuta tahun.
iv. 1 kali Selawat al-Fatih lebih utama daripada 600,000 selawat semua para malaikat, manusia dan jin pertama kali ia diciptakan sehingga sampai waktu dibacanya selawat al-Fatih.
v. Pembacaan ke 2 ke 3 dan seterusnya mendapatkan kembali pahala yang pertama dan seterusnya mendapatkan kembali pahala yang pertama dan seterusnya. Jelasnya bacaan ke 2 mendapat tambahan pahala bacaan pertama, bacaan ke 3 mendapat tambahan pahala bacaan pertama dan ke 2 dan seterusnya.
vi. Jika ingin bermimpi bertemu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, baca Selawat Al-Fatih sebanyak 1,000 kali selama tiga (3) malam berturut-turut (malam Rabu, Khamis dan Jumaat) dengan badan, pakaian serta tempat tidur yang suci.
vii. Dan banyak lagi yang tidak mampu dijelaskan di sini keutamaannya yang mana fadhilatnya hanya dapat dirasakan oleh para pengamalnya yang istiqamah.
dikuti/diambil dari: http://at-tijaniyah.blogspot.com/2009_06_23_archive.html
Rabu, 02 September 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar